Thursday, April 16, 2009

Demand for Justice

just to share a letter i sent to the new PM ..sorry ya in BM


30 MAC 2009



Y.A.B. Dato Seri Mohd Najib Bin Haji Tun Abdul Razak
SPMK, SPMS, SSSJ, SPSA, SSAP, SIMP, SPDK, DUNM, SPNSDPMS, DSAP, PNBS
Perdana Menteri Malaysia
Merangkap Menteri Kewangan Malaysia



YAB Dato Seri,

Kejayaan Luar Biasa ‘1st Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2009 (PIHABF 2009)’ 19 – 22 Mac 2009

Merujuk kepada perkara diatas, saya bagi pihak penganjur ingin memohon perhatian Y.A.B. Dato’ Seri mengenai acara PIHABF 2009 yang berlangsung pada 19-22 Mac 2009 berhampiran dengan monumen alaf baru di Presint 2, Putrajaya.

Acara ini telah dianjurkan dengan sempurna sekali dan juga dapat kunjungan lebih daripada 100,000 orang ditapak acara ini termasuk pelancong asing yang begitu terpegun dan bangga Malaysia boleh menganjurkan acara taraf antarabangsa.

Kehadiran Putera Puteri Di Raja

DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong juga berkenan dengan fiesta ini dan telah memberi kepercayaan kepada kami dengan menghantar ke empat-empat anakanda baginda ke fiesta ini dan kami telah membawa mereka terbang menaiki ‘hot air balloon’ kami. Kesemua putera dan puteri Baginda merasa sangat gembira pertama kali menaiki ‘hot air balloon’. Putera Baginda juga sempat berinteraksi dengan pengunjung-pengunjung fiesta daripada semua kalangan rakyat Malaysia termasuk dalam beberapa acara sampingan seperti pertandingan ‘paper plane’, ‘remote control planes / helicopters’, waterball di tasik monument alaf baru dan pelbagai acara sampingan yang lain.



Sokongan Kerajaan

Untuk menjayakan Fiesta ini, saya telah berurusan dengan Kementerian Pelancongan selama lebih setahun untuk mendapatkan sokongan Kerajaan. Malangnya, untuk perhatian Y.A.B. Dato’ Seri, pihak Kementerian Pelancongan pada saat terakhir, ia itu dua hari sahaja sebelum Fiesta ini, Kementerian Pelancongan telah memberi surat ‘tidak lulus’ kepada permohonan kami untuk mendapat bantuan sebanyak RM4 juta untuk menjayakan Fiesta ini kerana peruntukan Kementerian tidak cukup. ‘Chronology event’ disertakan (Lampiran 1).

Dengan serendah hatinya saya ingin sebutkan sekali lagi bahawa Fiesta ini telah menarik lebih daripada 100,000 ribu pengunjung, yang jauh melebihi Monsoon Cup dan juga acara F1 di Sepang. Media asing seperti China Daily, Reuters, etc telah member liputan yang menyeluruh untuk Fiesta ini. Google juga merakamkan lebih daripada 50,000 websites berkenaan Fiesta ini.

Sokongan Daripada Pejabat DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong

Kejayaan luar biasa ini telah merangsang kami untuk menjadikan Fiesta ini acara tahunan. Untuk pengetahuan YAB Dato Seri, feedback daripada Pejabat DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong sangat merangsangkan dan besar kemungkinan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong akan berkenan menjadi “Royal Patron’ untuk Fiesta ini yang akan datang.

Mempromosikan Malaysia dan Keusahawanan Bumiputera

Hasrat kami menganjurkan fiesta ini adalah untuk Rakyat Malaysia, untuk mempromosikan Malaysia, untuk memperkenalkan yang Malaysia juga ada anak Melayu yang juga ‘hot air balloon pilot’ dan juga untuk menunjukkan kebolehan anak Melayu Malaysia menganjurkan acara bertaraf antarabangsa ini.

Fiesta telah berjaya atas usaha kami sendiri

Y.A.B. Dato’ Seri, Fiesta ini telah Berjaya diluar jangkaan semua.

Walaupun demikian kami ingin merayu kepada Y.A.B. Dato’ Seri dan Kerajaan Malaysia untuk membantu mengurangkan beban kewangan kami yang teramat sangat. Kami telahpun menampung pelbagai kos penganjuran dan juga pelbagai kos lain seperti tiket penerbangan balloonist, hotel, kargo, promosi dan lain-lain yang telah mencapai jutaan ringgit.

Kami faham masalah kegawatan ekonomi Negara dan juga dunia tetapi kami bukan sekadar memberi kertas kerja bahkan telahpun terbukti berjaya menganjurkan acara ini dengan sempurna sekali dan juga dapat kunjungan ratus ribuan orang.

Kami percaya Y.A.B. Dato’ Seri setuju dengan kami bahawa fiesta Rakyat yang sebegini unik patut dibantu oleh Kerajaan Malaysia.

Pelbagai gambar dan keratan-keratan akhbar mengenai acara PIHABF 2009 (lampiran 2 & 3) disertakan untuk perhatian Y.A.B. Dato’ Seri.

Sekian, terima kasih.


Wasalam,
Bagi Pihak Penganjur

Sheikh Faleigh Sheikh Mansor
Pengarah Projek PIHABF 2009
Pengarah, Aka Balloon Sdn Bhd
(012 295 6334)




Lampiran 1:

Chronology Event



November 2007
A proposal was sent to Tourism Malaysia:

To organized a hot air balloon fiesta 2008 (November 2008)

To support Hot Air Balloon Malaysian Team to Pattaya Balloon Fiesta in December 2007and Philippines Balloon fiesta in February 2008

To organize ‘Malaysia in the Horizon’
to participate in most of the hot air balloon fiesta in Europe and USA to promote Malaysia


January 2008
A proposal was sent to Tourism Malaysia again to organize balloon fiesta 2008


February 2008
Follow ups


April 2008
A proposal was sent again


October 2008
Tourism reply: could only give RM150,000.00 for the fiesta
...the amount obviously is not sufficient but we tried to do anyway


November 2008
A letter was sent to Tourism announcing the postponement of fiesta to March 2009 due to insufficient funds

A proposal was sent again to Tourism with budget

Hot Air Balloon Malaysian Team went to Pattaya Balloon Fiesta 2008 to make a presence and to promote Malaysia


December 2008
Follow ups


January 2009
Follow ups

February 2009
Presentation to Deputy Secretary General of Ministry of Tourism... very good response

Follow ups

March 2009
Follow ups

17 March 2009
A letter was sent from Tourism stating no budget for this year!
(2days before the event!)

18 March 2009
Appeal letter was sent to Ministry of Tourism

19-22 March 2009
The 1st Putrajaya Hot Air Balloon Fiesta 2009

30 Mac 2009
Appeal letter was sent to Tourism Minister

A letter was drafted to the PM

10 April 2009
Appeal letter was sent to the 6th Prime Minister of Malaysia

30 April 2009
A letter will be sent to the King to invite his majesty as the Royal Patron for the 2nd Putrajaya Hot Air Balloon Fiesta 2010


lets wait for PM to reply ....

3 comments:

  1. Keep up the letters Sheikh Faligh. I think one of this day the geovernment will realised the event was a success or at least Putrajaya themselves. And keep up the good work...

    ReplyDelete
  2. Oh, I just sent your blog link to Project Petaling Street so people will know more of your blog. The link here - http://www.petalingstreet.org/

    ReplyDelete